Pages - Menu

Saturday 21 June 2014

Nursery baru Muhammad

Alhamdulillah, dah genap sebulan Muhammad memula kan sesi nursery di tempat baru. Pada awalnya, agak mencabar juga nak dapatkan tempat, cukup sekadar saya nyatakan kes terpencil racist 'halus'. Moga Allah ampunkan dosa saya jika itu adalah andaian yang semakin di api apikan oleh syaitan.

Rezeki Muhammad telah tertulis di situ, biarpun ada pihak yang kurang senang, cuba untuk tidak memberi peluang. Adakala kurang sabar juga bila mendengar cerita cerita yang tidak masuk akal yang diada adakan. Walau saya boleh berlapang dada dengan teguran membina dan boleh menerima adakala Muhammad bukanlah seorang yang duduk diam tegak sopan santun, tetapi kerana komen yang diberikan sangat kontra berbanding guru guru professional dari nursery lama. Setelah beberapa kali dan insiden berbeza, suami pun menyatakan perkara yang sama. Tetapi suami lebih bertegas menyatakan hak dan pendapat, berbanding saya yang agak kurang suka menimbulkan konflik.

Namun, setelah kurang lebih sebulan, keadaan berubah 360 darjah.

Sesampainya Muhammad akan dicium dipeluk oleh 'individu' tersebut. Begitu juga sebelum pulang. Kerap kali juga suami bercerita Muhammad dipuji puji oleh individu tersebut dan guru guru kerana sikapnya yang mudah memanjakan diri. Suatu hari mereka excited sebab Muhammad panggil mereka dengan panggilan darling! He just made my day katanya.

Alhamdulillah all went well. Mendengar kisah Muhammad dan pengurus di nursery baru mengingatkan saya salah satu ayat favorite dalam surah Fussilat Ayat 34.

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ.

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

MasyaAllah ayat yang indah. Allah menyambung lagi dalam ayat seterusnya

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

MasyaAllah.. Setiap hari Allah mendidik hati dan diri dengan suatu yang baru, walaupun melalui anak kecil.


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

Shiela Ismail said...

Assalamu'alaikum Cikpuan Ummu Hasif,

Saya Kak Shiela dari blogmasakku.blogspot.com.

Ribuan maaf dari saya, saya ada terbaca pertanyaan di ruangan komen dari cikpuan, cuma bilamana saya mahu membalasnya hari ini sepertinya ia 'has been removed by the author', sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian.

Mohon saya dapatkan emel cikpuan agar dapat saya memberi maklumbalas akan pertanyaan tersebut. Terima kasih dan maaf ya...

K.Shiela
blogmasakku.blogspot.com

Post a Comment