Pages - Menu

Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

Nursery baru Muhammad

Alhamdulillah, dah genap sebulan Muhammad memula kan sesi nursery di tempat baru. Pada awalnya, agak mencabar juga nak dapatkan tempat, cukup sekadar saya nyatakan kes terpencil racist 'halus'. Moga Allah ampunkan dosa saya jika itu adalah andaian yang semakin di api apikan oleh syaitan.

Rezeki Muhammad telah tertulis di situ, biarpun ada pihak yang kurang senang, cuba untuk tidak memberi peluang. Adakala kurang sabar juga bila mendengar cerita cerita yang tidak masuk akal yang diada adakan. Walau saya boleh berlapang dada dengan teguran membina dan boleh menerima adakala Muhammad bukanlah seorang yang duduk diam tegak sopan santun, tetapi kerana komen yang diberikan sangat kontra berbanding guru guru professional dari nursery lama. Setelah beberapa kali dan insiden berbeza, suami pun menyatakan perkara yang sama. Tetapi suami lebih bertegas menyatakan hak dan pendapat, berbanding saya yang agak kurang suka menimbulkan konflik.

Namun, setelah kurang lebih sebulan, keadaan berubah 360 darjah.

Sesampainya Muhammad akan dicium dipeluk oleh 'individu' tersebut. Begitu juga sebelum pulang. Kerap kali juga suami bercerita Muhammad dipuji puji oleh individu tersebut dan guru guru kerana sikapnya yang mudah memanjakan diri. Suatu hari mereka excited sebab Muhammad panggil mereka dengan panggilan darling! He just made my day katanya.

Alhamdulillah all went well. Mendengar kisah Muhammad dan pengurus di nursery baru mengingatkan saya salah satu ayat favorite dalam surah Fussilat Ayat 34.

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ.

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

MasyaAllah ayat yang indah. Allah menyambung lagi dalam ayat seterusnya

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

MasyaAllah.. Setiap hari Allah mendidik hati dan diri dengan suatu yang baru, walaupun melalui anak kecil.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, 17 May 2012

Muhammad 14 month

Dah pandai sepak bola
Bangun tidur je kiss pipi umi banyak kali.
Kalau umi bangun dulu, dengan suara manja akan panggil, mii. Cair hati ummi
Sangat berdikari. Dah pandai suap yogurt sendiri.
Bila cakap apa apa, akan jawab oteyyy. Hehe kelakar.

Thursday, 29 December 2011

Apple of my eye

Assalamualaikum,

It's been a while since I wrote something here. Been very very very busy. Lab works, generic classes, assignments, presentation and journalsss. Balik masak, jaga anak, put Muhammad on bed at 8 and put myself as well. Tidur terus sampai pagi.   Wake up at 2 a.m untuk study, (from microbe to neuropharmacology, what you expect?) then pagi esok pagi pagi dah keluar untuk pergi lab. Busy but very happy. Seronoknya study!. Tapi bila  dah pukul 5.30, dah gatal kaki nak berlari balik :)

Muhammad dah macam macam. Tiap pagi dia yang terjaga dari tidur dulu. Kejut umi dan babah dengan ciuman di pipi. Lembut tapi penuh air liur. :). Dah pandai geletek orang. Suka berjoget bila dengar lagu or even ummi selawat berlagu. Suka main pee ka boo. Bila ummi dan babah jemaah, seronok sangat nampak dia kejap merangkak ke umi, kejap kejap merangkak ke babah. Suka tengok cermin. Suka bergambar. 








Friday, 24 June 2011

Pengembaraan bermula

Labour room. 2.30 petang.

I got a phone call from a familiar number, from the department which I apply scholarship. 

"Puan, boleh puan ceritakan serba sedikit tentang proposal research puan. saya nak bawak masuk meeting ni"

"Encik, maaflah..contraction saya setiap 10 minit sekarang ni, saya dalam labour room!" senyap. saya tertidur mungkin. Penat. Sakit.

"Puannn... saya minta maaf.. Boleh saya cakap dengan suami puan?"

I passed my phone to my husband, yang setia menemani. Lepas jemaah subuh di dalam bilik, kami berdua masuk ke labour room. Takde tanda lagi walau sakitnya bukan kepalang. Bukaan baru 3 cm, my son really enjoy ummi's womb!

That's the beginning. And the rest is history. In the end of the day, (Muhammad lahir jam 7.50 malam), saya mendapat satu lagi berita bahawa permohonan biasiswa saya diluluskan. Alhamdulillah. 

Had my confinement period at my in law's crib,  on day 7, kami adakan majlis akikah (kami menabung dari minggu pertama saya tahu saya mengandung semata mata untuk mengadakan membuat akikah untuk Muhammad pada hari ke 7), dan memberi nama (setelah 7 hari babah beristikharah). Moga semuanya ada harga pada pandangan Allah. 

On week 2nd, we went back to our crib, at Bukit Raja. Berpantang sendiri, alhamdulillah semuanya mudah dengan adanya suami menjaga.

On day 15th, Muhammad dah ada pasport sendiri :)



And 3 month after that, kami bertiga berkelana ke bumi inggeris. Memulakan pengembaraan.




At Schipol Airport. Transit for 6 h.

As we stepped out of the airport, the weather was very uninviting. The sky was dark, gloomy and it was very cold. 


We stayed for 1 week at Syida and Sheldon house. 


Alhamdulillah, today we are going to move to our very own house at Alexandra Parade. After viewing 3 houses, we are quite happy with the house. City center is 10 min by bus and  Alexandra Park is just 5 min away. Halal butchery is very close to our house. Tak sabar rasanya nk masuk rumah sendiri. Hari ni matahari bersinar terang, sebelum ni cuaca gloomy je eventho it is summer already.

Muhammad is doing fine. Sihat dan sangat ceria. Sangt mudah tidur sbb kat sini sejuk. Muhammad two months dah pandai gelak2, dah kenal sape umi dan babah dia, kalau umi dn babah takde, tak nangis. Tapi muka boleh ikat muncung mulut. Bila main main jari depan muka dah pandai grab. Masuk 3 bulan ni dah mula meniarap. Dah pandai geli, dah pandai cakap scottish hehe. Ada sekali tu masa view rumah, agent sibuk cakap dia pun sibuk balas balik as if he understands what he talks about.

Nanti ada masa nk cerita pengalam pertama muhammad naik flight, and berjalan di sekitar bandar glasgow by walking and bus! Kat malaysia jangan harap la nk macam tu.

Ok, need to have my shower. Banyk benda nk buat hari ni.

Bye for now,

Much love from Glasgow