Pages - Menu

Showing posts with label mie's homemade. Show all posts
Showing posts with label mie's homemade. Show all posts

Saturday, 30 July 2011

Resipi kek pisang istimewa

Assalamualaikum.

Setelah excited memasak, hubby cadangkan kami beli mixer, sebab banyak dessert nak buat kene guna mixer. Cita cita besar nak buat cheesecake lah, red velvet lah. Kami pun bergegas jalan laju laju ke Forge Retailer kat situ ada Argos dan terus beli mixer branded tapi harga paling murah, 4 pound sahaja :). Berjimat cermat lah katakan. (Dalam hati bercita cita balik nanti nak beli mixer kenwood, murah. Hubby kata kat malaysia paling murah RM2k, kat sini dalam 1 k duit malaysia macam tulah. Kumpul duittt!

First time guna untuk buat kek pisang for SUMSA picnic in the park. SUMSA stands for Strathclyde University Muslims Students Association. Nanti kita cerita tentang sumsa ye. Kali ni nak share resipi kek yang kami bawa ke picnic tu. Picnic ni berkonsep pot luck, so dialu alukan bawak makanan tradisional. Dah la kali pertama buat..bukan kek pisang, kali pertama buat kek! Haha. Berdebar! Tapi alhamdulillah menjadi lah kek pisang. Tak jadi kek durian ke, atau kek hangus :). Mari tengok resipi, kot kot lain kali nak buat lagi. Resipi asal dari myesipi, dengan penambahan choc chip and walnut. 

Bahan bahan:
  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • Choc chip
  • Walnut

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati. Masukkan choc chip dan walnut yang dah dibakar dan dikeringkan. Kacau sekejap je.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit 





Ada minah arab datang tanya siapa buat. Saya dengan excited cakap "I made it!" Dia pun datang dok tanya resipi. Saya pun terus terang cakap nasib baik dia tak sakit perut as this is the first time buat kan. Dia gelak je. :)


Friday, 29 July 2011

Resipi butter bread caramel

Assalamualaikum. Ni nak share satu resipi dessert butter bread caramel. Macam puding karamel biasa tapi letak roti. Tak muak sangat. Resipi karamel dari Alia, myresipi saya ubah tambah roti dan kurangkan gula kepada 3 sudu. Just nice manisnya.

Bahan bahan.
  • 4 keping roti disapu butter dan dibakar. Potong kecil kecil
  • 400ml susu segar/susu cair
  • 4 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila 
  • Kismis
  • [ KARaMEL ]
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air 

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Masukkan roti dan taburkan kismis atasnya. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais 





Voila! Inilah hasilnya. Ingat dapat makan sampai esoknya. Tengah malam bangun tengok hubby tengok tv sambil makan lagi :). Saya suka hati! :)

Monday, 25 July 2011

Resipi opor daging simple versi Aelxandra Parade


Assalamualaikum!

Kat sini nak share resipi opor yang saya cuba.  Resipi versi Alexandra Parade adalah buat melalui pengubahsuaian mengikut bahan yang ada. 


Opor daging ni resipi tradisional orang pekan, pahang. Mungkin the other part of Pahang pun tak pernah dengar tentang opor. Tapi kalau baca buku resipi tengku puan pahang tak silap ada share resipi ni. Kalau kat kampung, otai je teror memasak opor. Bahan mungkin senang, tapi senang jugak nak jadi tak sedap. Ingat lagi kenduri kak ngah, memasak sendiri, berbulan menumbuk kerisik, bulan kot, salah satu bahan utama dalam opor. Mak antara orang yang hebat memasak opor lah, siap buat rempah sendiri. Jadi, masa nak dtg sini hari tu, hubby ada cakap, antara rempah yang dibeli termasuklah rempah opor. Saya? berdebar. Kang jadi daging masak kicap..hehehe..So aritu kami training puasa, hubby cakap terasa nak makan opor, oh semakin nebes, jadi saya pun tepon mak. Penatlah citer panjang, saya tepeklah resipi yang saya buat tu, kot kot ada sapa sapa nak cuba. 

Bahan bahan. (untuk dua orang makan)
1/2 biji Bawang besar - dikisar
2 biji Bawang putih -dikisar
1/2 inci Halia - dikisar
5 tangkai Cili kering - dikisar (kat sini guna cili merah kisar instant. satu sudu)
Kayu manis, buah pelaga, cengkih, (dipanggil 4 beradik).
Satu sudu Rempah opor (jenama puteri sedap juge)
satu cawan Santan
satu sudu Kerisik
Gula perang. Kat malaysia guna gula kerek lagi sedap

1/4 kilo Daging lembu/kambing dipotong kasar kasar (baru sedap makan) :)

Cara memasak
Panas kuali, tumis bahan bahan 4 beradik hingga naik bau. Masuk bahan kisar. Tumis hingga wangi.  Masukkan daging dan setengah cawan air. Biar kering. Masukkan rempah opor. Gaul gaul sampai sebati. Masuk santan sikit dulu. Biarkan sebati lagi, masukkan gula perang. Kemudian tambah santan. Kalau ada kerisik, masukkan kerisik. Biar masak lama atas dapur dengan api kecil. Lupa, sesuaikan rasa dengan garam. Opor ni tak berkuah sangat. Jenis kering.

Sebenarnya saya memasak ni ikut agak agak je sukatan. Jadi tak berapa pasti sangat timbangan. Tapi macam masak kari juga, takdelah rempah tu banyak sangat. Pandai pandailah..hehe. Boleh tak macam tu.


Inilah rupa akhir. kering.