Pages - Menu

Sunday 15 June 2014

Bermusafir ke Holland dan Brussels - Spring 2014



Sudah lama menanam impian hendak melihat dengan mata sendiri, tulips ciptaan Allah yang maha kuasa di Amsterdam. Seingat saya, dari umur 15 tahun. Lamanya berangan! :D. Alhamdulillah, Allah kabulkan setelah hampir 15 tahun kemudiannya. Ke Amsterdam. Bermusafir. Mencari kebesaran Allah untuk memujinya.

Kami bermusafir selama 4 hari 3 malam, keluarga kecil kami bersama dua sahabat, tidak mengambil sebarang cuti kerana Isnin sudah sedia cuti bank holiday. Kami mengambil flight dari Edinburgh (sebab murah!). Perancangan teliti dibuat sebelum bercuti, kedai halal di mana, apakah pengangkutan yang praktikal, berapa tempat hendak pergi, dicelah celah kesibukan. Thanks to Anip yang banyak buat research. Kalau buat PhD tu memang excellent lah bab travel ni :p.

Sebab kedai halal susah nak jumpa, kami bawa siap siap dari Glasgow bahan mentah, daging dan kambing direbus dan ayam siap di separuh goring, ikan bilis, rempah sup, garam, sabun taharah, tupperware, Maggie, beras, garam. Saya siap siap masak nasi goreng dari rumah untuk makan malam, sebab hasil kajian dengan encik google, susah mencari kedai halal bila tiba di Amsterdam nanti.

Setelah selesai urusan sewa kereta di airport kami menuju ke apartment yang telah di book. (Ada a few website option untuk book apartment yang ok, pilih based on practicality in case nak naik public transport, safety, price, condusive/utilities, based on review as well. Boleh rujuk tripadvisor, wimdu, housetrip, airbnb). Alhamdulillahh.. Apartment yang kami sewa sangat sangat condusive, sangat accessible dari highway dan city, sangat kedai dengan market to buy groceries and free parking. Di sana kami menyewa kereta setelah menimbang kira banyak perkara terutamanya kewangan :p.



First day kami ke Brussels, walaupun Brussels bukanlah main agenda pun. Perjalanan Amsterdam – Brussels hanyalah 2 jam drive. Main attraction di Brussels berdekatan Antara satu sama lain. Antara yang berkesempatan kami lawati adalah Mini Europe, Atomium, Minneken Pis, Grand Palais.


Mini Europe adalah taman tema dimana main attraction di Europe dibina dalam skala kecil, 1:250 kalau tak silap, seolah olah tour Europe dalam satu hari 


Excited Muhammad nampak keretapi kecil live!


Di Brussels..

Basically, satu hari je dah cukup dah nak lawat semua main attraction kat Brussels. On that night, kami balik semula ke Amsterdam. Esoknya kami ke Taman Bunga Tulips Kaukenhoff. Taman ini di buka pada tarikh tarikh tertentu sahaja pada setiap tahun bila bunga tulip berkembang. Contohnya tahun ni dah tak bukak dah. Next year akan dibuka start March - Jun 2016. MasyaAllahh besarr tamannya. Mabuk bunga jadinya.









Beratur untuk churros and waffle. Berbeza dengan paris yang popular dengan pastries nya, di Holland and Brussels, lebih popular dengan waffle and churros. 


Berbekalkan nasi lemak, kami berkelah di tempat car park. Dan selesai sekali Jamak Qasar di situ.



Kita adalah ghuraba'

"Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give glad tidings to the strangers."[Sahih Bukhari]


Petangnya kami ke Den Haag, pusat pentadbiran Holland. Nothing interesting di sini. Cuma building yang menarik. Sempat menjengah ke pusat bandar Amsterdam lewat petangnya. 


MasyaAllah lawa bandarnya. Dikelilingi 'dam' dan jambatan jambatan kecil, namun dicemari dengan penjualan souvenir, weed dan aksesori lucah. Katanya penjualan weed secara terbuka di sini adalah legal. Kami tidak berani berlama lama di bandar. Balik rumah masak nasi goreng sebab dah malas nak pusing mencari kedai halal. Namun katanya kedai halal sangat banyak di bandar Amsterdam. 

Esoknya kami ke Zan Shee Chan (one of point of interest di Holland) untuk melihat kincir angin. It's a very lovely place macam kampung kecil I can stay there forever :D 


Sebelum akhirnya ke bandar, ke arca I AMSTERDAM 


 All in all it was a good and well planned trip. Dapat release minda and spend quality time with my heroes. Dapat juga mengenal budaya setempat, membuka minda dan mengambil ibrah dalam setiap perjalanan/pengalaman tak kira besar atau kecil.



No comments:

Post a Comment