Pages - Menu

Saturday, 2 June 2012

After a year

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,  hari ni genap setahun kami menetap di bumi sejuk all the time, Glasgow. Masih segar di ingatan 19 Jun 2011, semasa keluarga menghantar kami di KLIA, tiada rasa gundah. Hati rasa tenang. Mak bah, dan family in law, adik beradik yang available that day pun hantar; Pak Ta dan Mak Ta, De dan Kak Ja, Azim datang last minute, Maklong, Mak ngah, Pakngah (mak saudara suami), Hilmy, Akak Hanis dan Abang Wan, sahabat rapat kak Jijah, Cik Pijah, Kak M turut sama sama menghantar ke airport. Mak nampak sedih. 


Mak dan muhammad 

Tapi saya rasa kuat, saya rasa tenang. Rasa excited nak mula hidup di perantauan. It's my dream. My dream dari form 3 nak study kat Scotland, tapi masa tu tahu Edinburgh je :)). Akhirnya Allah beri peluang. Walau sedar cabaran mendatang adalah sangat besar, tapi keterujaan melebihi kebimbangan. 

See, sangat happy kan. (Masa ni baby fat banyak sangat hehe).

Tapi saya menangis sungguh sungguh bila adik bongsu saya (seorang je pun adik) yang selama ni memang tidak pernah sekepala, asyik gaduh, tidak boleh bertemu mata, mesti ada je silap dia saya tegur (yelah kakak kan mesti lah nak yang terbaik untuk adik), Azim, menghulurkan segenggam duit, ye segenggam. Kalau teringat scene tu, still akan menangis. Ya Allah, rasa sedih dan sangat terharu bila dia cakap, "pakailah untuk beli susu Muhammad" dengan gaya rock and roll dia tu. Rupanya dia berkejar ke airport (dia sampai masa saya dah nak masuk ke departure hall), semata mata nak bagi duit. Allah. Padahal, dia bukanlah bergaji besar. Kakak ipar yang sporting, Kak Ja pun menghulur. Allah. Menangis lagi. Bila sampai di Coffee Bean, sebelum nak simpan duit tu, saya kira kira (hehe sempat lagi). Hampir seribu. Duit tu masih ada lagi dalam simpanan. Duit kalau kalau keperluan masa kecemasan.

Perjalanan 12 jam dengan Muhammad berumur 3 bulan setengah tidak seteruk dijangka. Muhammad sangat behave, tapi Ummi still tak dapat tidur sangat. Muhammad nak tidur di tangan, even pihak MAS ada sediakan bassinet. Tapi alhamdulillah. Muhammad berjiwa pejuang. Tak meragam langsung. Sangat behave cuma poo yang menyebabkan ummi dan babah kalut. 

Kami transit di Schipol Airport, Amsterdam. Tempoh transit yang agak lama, dari 6 am ke 2 pm menyebabkan kami agak 'lost'. Schipol Airport is very nice actually. Sangat baby friendly, tapi kami mula rasa jauhnya beribu batu dari keluarga *saya menangis ni bila teringat*. Air mata mula mengalir sikit sikit. Mula mula fikir nak jalan jalan, tapi fikir semula, kami nak rehat je. Muhammad mula cranky sikit sikit. Sebab dah sangat penat perjalanan 12 jam, ditambah lagi beberapa jam transit, belum lagi sampai. tapi alhamdulillah kembara kami ke bumi asing banyak Allah tolong, dengan manusia yang hati berhati mulia. Walau tak pernah kenal, tapi sangat ikhlas menolong. Dr Nukman, Dr Hamka, Intan datang menjemput di airport. Kami di bawa ke rumah Syida yang berkahwin dengan saudara baru. Dari situ kami mula membina kehidupan di bumi yang penuh terasing. 



Kebolehan Muhammad berposing dan mesra kamera di detect di rumah pertama kami, di Alexandra Parade. Dan baby fat ummi pun dah hilang sikit demi sedikit. 

SETAHUN SUDAH


Bila ummi suruh bergaya. Hehe

Sedar tak sedar dah setahun di sini. Kami dah berpindah ke Armadale Street. Rumah yang lebih selesa dan warm. Family pun dah datang visit (akan buat entry khas tentang tu, entah bila!), dah mula rasa kerinduan teramat kepada keluarga. Kesusahan di sini banyak Allah tolong, sekali lagi dengan kemuliaan dan kemurahan hati ahli keluarga dan kawan kawan. Abang Hakim, Kak Ngah, De dan Kak Ja, adik ipar (Hilmy), Ita, Efa, Dan paling tak terbalas harus mak abah dan ummi dan abah. Beribu ribu berhabis untuk kami. Kak ngah, tak jemu jemu pos barang. Terima kasih terima kasih terima kasih. Tak terucap terima kasih. Memang Allah je yang dapat balas segala budi baik kalian. 

Sayang

Study wise, alhamdulillah, Banyak jugak data yang dah digenerate. Alhamdulillah, my supervisor is one of supervisor that i dreamed of. Walau ada halangan kecil seperti sakit, pening anak dan diri, saya tetap meletakkan family no 1, tapi study bukan no 2. Bolehkan? Even kadang kadang bangun pukul 1 pagi basuh pinggan dan kemudian baca jurnal, atau 4 pagi kemas rumah dan buat report, itu adalah lumrah dan training untuk menjadi seorang superwoman (haha poyonya ayat!). Study is tough. Bak kata my supervisor, PhD is stiff learning curve. You build your own curriculum (of course by guidance of your SV), skill kene improve, baca tak pernah cukup. But alhamdulillah he is very helpful and very encouraging. Suami pun alhamdulillah dalam proses menulis dissertation. Hopefully dapat hantar this August. And insyaAllah will graduate this November. Will start to plan the next step after that. Doakan kami!

Much love.
Miey

No comments:

Post a Comment