Pages - Menu

Wednesday, 18 April 2012

Refleksi

It has been a while since we tadabbur Al quran.

Harap tahun ni, within this 3 years dapat khatam setiap tahun, and every time I read, I will try to read it's tafsir as well. It's amazing. It has a indescribable lovely feeling in your heart like you read a love letter. Quran is indeed a love letter. A love letter from Allah!

Semalam saya baca A-li Imraan. Ayatnya, jatuh ke hati.

"Dan segeralah kamu mengerjakan amal amal yang baik, untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu,dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa" (3:133)

Dan siapakah orang yang bertaqwa itu? Hati terdetik bertanya

Allah jawab terus dalam ayat seterusnya

"Iaitu orang orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahan, dan orang orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang orang yang berbuat baik" (3:134)

Apa lagi ciri yang lain?

"dan orang orang yang apabila menganiaya diri sendiri, atau melakukan perkara keji, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun kepada Allah akan dosa dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perkara keji yang mereka lakukan telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya" (3:135)

MasyaAllah..ayat ini, sampai ke hati. Membaca memang senang, rasa senang nak buat, tapi bila tanya betul betul hati, betul ke kita boleh buat, boleh ke kita bercirikan ciri ciri orang taqwa.

Menceritakan perihal sendiri, bagai membuka aib sendiri, sedangkan Allah dah tolong tutup aib, tapi Astaghfirullah. Susahnya. Kalau buat bullet point isi isi penting:

Ciri ciri orang bertaqwa (mengikut pemahaman secara direct)
1. Orang yang pemurah (masa senang atau masa susah)
2. Menahan kemarahan
3. Maafkan kesalahan orang lain (susahnyaa)
4. Orang yang sentiasa bertaubat sebenar benar taubat.

Pemurah mungkin senang, tapi menahan kemarahan. Alhamdulillah dah tua ni dah rasa semakin tenang, dah boleh belajar kawal kemarahan, emosi, tapi memaafkan dengan sebenar benar maaf. Ada orang cakap, forgive but I will never forget. Cewah.. Adakah itu dikira sudah memaafkan. Tak kisah lah pendapat orang pada kita macam mana, tapi pandangan, pendapat Allah pada kita? Kalau maaf tapi tak lupa apa orang buat, adakah tu Allah kira sebagai memaafkan? Allah..
Dan last sekali, taubat, dengan sebenar benar taubat. Dah tak nak ulang dah. balasannya, masyaAllah syurga. Yasmin Mogahed ada menyebut dalam talknya, akhirat tak sama macam dunia. Kalau di dunia, tidak ada yang hakiki. Kalau kita susah hati, contoh mak kita sakit, tapi dalam masa yang sama mungkin kita ada duit untuk bawak mak ke hospital. Dis ebalik susah ada senang, dan di sebalik senang, ada susahnya.
Di akhirat, kalau dah neraka, nauzubillah, seksaan setiap masa. Menderita. Tapi kalau ke syurga Allah rahmatkan kita, masyaAllah. seronok, bahagia. Tak terkata lah. Allah share dalam ayat seterusnya

"Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal" (3:136).

Jadi apa yang sebenarnya kita kejar atas dunia. Pandangan manusia? Kita cantik ke tak? Tudung kita lawa ke tak? Kita belajar tinggi ke tak? (berdasarkan mainan perasaan saya sendiri yang berfikiran dangkal suatu masa dulu). Semuanya lebih kepada pandangan manusia dulu, baru nak fikir apa Allah fikir pada kita.

Mari berjuang untuk syurga. Kerana syurga itu mahal harganya. Mari korbankan nafsu yang membabi buta. Tak kemana kita akhirnya. fight for jannah!

No comments:

Post a Comment